Memenuhi Piawaian dalam Projek Pembinaan/Ubah Suai Rumah
Sebagai pemilik rumah, memastikan kualiti kerja kontraktor adalah satu langkah kritikal dalam memastikan pelaburan membina rumah berbaloi dan rumah selamat untuk didiami.
Berikut adalah elemen penting yang perlu dinilai serta langkah-langkah praktikal untuk memeriksa kualiti kerja walaupun anda tidak berpengalaman.
1. Elemen Penting dalam Penilaian Kualiti Kerja
Bahan yang Digunakan
Pastikan bahan yang digunakan menepati spesifikasi dalam kontrak.
Minta ‘Delivery Order’ atau ‘Pengesahan Hantaran’ untuk mengesahkan jenama dan jenis bahan yang digunakan.
Anda juga boleh pergi sendiri di tapak bagi memeriksa bahan binaan atau meminta kontraktor mengambil gambar sebagai bukti.
Pastikan bahan disimpan dengan baik dan tidak rosak sebelum digunakan.
Kepatuhan kepada Spesifikasi Teknikal
Semak pelan dan spesifikasi projek yang disediakan oleh arkitek atau jurutera.
Pastikan dimensi, bahan dan teknik pemasangan menepati spesifikasi yang telah dipersetujui.
Ketepatan dan Kemasan Kerja
Periksa sejauh mana kerja kemasan seperti cat, jubin, siling kapur dilakukan dengan kemas.
Pastikan dinding tidak mempunyai rekahan dan permukaan lantai rata tanpa kecacatan.
Struktur dan Keselamatan
Pastikan elemen struktur seperti asas, tiang dan bumbung dibina dengan kaedah yang betul.
Jika ada keraguan, lantik jurutera profesional untuk melakukan pemeriksaan keselamatan.
Sistem Elektrik dan Perpaipan
Pastikan pemasangan pendawaian elektrik dan sistem perpaipan mengikut standard keselamatan.
Uji suis, soket dan lampu untuk memastikan semuanya berfungsi dengan baik.
Periksa tekanan air dan sebarang kebocoran pada paip.
Pengujian dan Pemeriksaan
Beberapa ujian seperti ujian tekanan air, ujian kebocoran dan ujian ketahanan boleh dilakukan untuk memastikan kerja binaan kontraktor mencapai kualiti yang dijanjikan.
Minta laporan pengujian daripada kontraktor jika perlu.
2. Cara Memeriksa Kualiti Kerja Secara Berkala Jika Tidak Berpengalaman
Jika anda tidak berpengalaman dalam pembinaan, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil:
a. Lawatan Tapak Berkala
Buat lawatan tapak secara berkala, sekurang-kurangnya setiap minggu atau semasa skop kerja penting dilakukan.
Minta kontraktor memberi penjelasan tentang progres kerja dan bahan yang digunakan.
b. Gunakan Senarai Semak Kualiti
Sediakan senarai semak untuk setiap bahagian rumah seperti lantai, dinding, bumbung, sistem kumbahan, sistem pempaipan dan sistem elektrik.
Tandakan mana-mana kecacatan yang anda temui untuk dirujuk kepada kontraktor.
c. Ambil Gambar dan Dokumenkan Proses
Ambil gambar setiap fasa kerja untuk rujukan masa hadapan.
Simpan rekod tuntutan kerja dan sebarang perubahan dalam pelan.
d. Lantik Pihak Ketiga untuk Pemeriksaan
Jika tidak pasti, lantik pemeriksa bangunan (building inspector) untuk menilai kerja kontraktor.
Anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada jurutera atau arkitek bagi kerja-kerja teknikal.
3. Cara Mengesan Kecacatan Kerja
Beberapa kaedah mudah untuk mengenal pasti kecacatan termasuk:
a. Pemeriksaan Fizikal
Dinding: Periksa retakan, kesan lembapan, atau cat menggelembung.
Lantai: Pastikan rata dan tidak mempunyai jubin yang longgar atau retak.
Pintu dan Tingkap: Pastikan boleh ditutup rapat tanpa sebarang celah.
b. Ujian Fungsi
Elektrik: Cuba semua suis dan soket.
Paip: Jalankan air dan lihat jika ada kebocoran.
Atap: Semasa hujan, periksa jika ada kebocoran air.
c. Ujian Visual Semasa Malam dan Siang
Perhatikan bayang-bayang pada dinding untuk melihat ketidaksempurnaan.
Periksa siling dan lantai dengan cahaya untuk mengesan sebarang kecacatan kecil.
4. Langkah-langkah Jika Kualiti Tidak Memuaskan
Jika kecacatan ditemui atau kerja yang tidak menepati spesifikasi, anda boleh mengambil tindakan berikut:
Berbincang dengan Kontraktor
Nyatakan secara jelas masalah yang anda temui.
Rujuk kepada kontrak dan pastikan kerja diperbaiki tanpa kos tambahan jika ia adalah dari kecuaian kontraktor.
Hentikan Bayaran Akhir
Jangan buat bayaran penuh sehingga semua kecacatan diperbaiki.
Pastikan kerja selesai sepenuhnya sebelum menyerahkan pembayaran terakhir.
Dapatkan Nasihat Profesional
Jika kontraktor enggan memperbaiki kecacatan, dapatkan pendapat jurutera atau arkitek.
Laporkan kepada Pihak Berkuasa
Jika kerja sangat teruk dan kontraktor tidak mahu bertanggungjawab, anda boleh melaporkan kepada CIDB atau tribunal pengguna untuk tindakan lanjut.
Sebagai pemilik rumah, anda tidak perlu menjadi pakar pembinaan untuk memastikan kualiti kerja kontraktor.
Dengan sedikit pengetahuan, pemerhatian yang teliti dan dokumentasi yang baik, anda boleh memastikan rumah yang dibina atau diubah suai memenuhi piawaian yang sepatutnya.
Jika berlaku sebarang kecacatan, ambil tindakan segera untuk mengelakkan kos pembaikan yang lebih tinggi di masa hadapan.
Info Hub ialah inisiatif khas untuk membantu pemilik rum ah membuat keputusan bijak dalam melantik kontraktor Portal ini menyediakan panduan lengkap, maklumat sahih, dan tip berguna bagi memastikan projek berjalan lancar, berkualiti, serta mematuhi piawaian gerteraskan ketelusan, akauntabiliti, dan kelestarian Info Hub menyokong industri mampan selaras aspirasi Malaysia Madani.
@ Hak Cipta Terpelihara
Terma Perkhidmatan – Terma Penggunaan – Dasar Privasi