Home » Panduan Kontraktor » KELULUSAN KERJA
Kelulusan Sebelum Memulakan Pembinaan
Dalam industri pembinaan perumahan, kejayaan sesebuah projek juga bergantung kepada sejauh mana projek tersebut mematuhi pematuhan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Tanpa kelulusan, kerja pembinaan atau ubah suai berisiko dihentikan, diarahkan dirobohkan, atau dikenakan tindakan undang-undang. Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk memastikan semua kerja mendapat kelulusan sewajarnya.
Bagi kerja membina rumah baharu, pemilik rumah mesti mendapatkan Kebenaran Merancang (KM) daripada PBT dan agensi yang diberi peranan seperti PBT.Permohonan KM perlu dikemukakan oleh PSP seperti arkitek bertauliah melalui Sistem One Stop Centre (OSC).
Permit diperlukan untuk kerja ubah suai bagi memastikan keselamatan struktur dan pematuhan peraturan bangunan.
Kerja ini memerlukan khidmat perunding (arkitek atau jurutera). Namun, jika menggunakan Pelan Setara yang disediakan PBT, pemilik rumah boleh membina terus tanpa perlu perunding. Contoh kerja termasuk anjung tambahan, dapur dan bilik air tambahan. Pelan Setara boleh dibeli terus di PBT dengan kos rendah.
Sesetengah kerja kecil tidak memerlukan permit, seperti:
Namun, kerja-kerja ini masih tertakluk kepada saiz maksimum yang dibenarkan (kebiasaannya tidak melebihi 6.5 m² atau 70 kaki persegi).
Bagi rumah strata seperti apartment, townhouse, atau kediaman dalam kawasan kawalan (kem askar, kuarters kerajaan), pemilik mesti mendapatkan kelulusan daripada pengurusan bangunan terlebih dahulu. Ini termasuk pematuhan kepada undang-undang strata dan garis panduan pengurusan dalaman.
Tanpa kelulusan yang sah, sebarang kerja pembinaan atau ubah suai boleh ditarik balik, didenda, atau diarah berhenti serta-merta. Ini bukan sahaja merugikan pemilik rumah, tetapi turut menjejaskan imej dan reputasi kontraktor. Kontraktor mesti mematuhi semua prosedur kelulusan yang ditetapkan PBT dan pihak berkuasa berkaitan.
.
Info Hub ialah inisiatif khas untuk membantu pemilik rum ah membuat keputusan bijak dalam melantik kontraktor Portal ini menyediakan panduan lengkap, maklumat sahih, dan tip berguna bagi memastikan projek berjalan lancar, berkualiti, serta mematuhi piawaian gerteraskan ketelusan, akauntabiliti, dan kelestarian Info Hub menyokong industri mampan selaras aspirasi Malaysia Madani.
@ Hak Cipta Terpelihara
Terma Perkhidmatan – Terma Penggunaan – Dasar Privasi