Bagaimana memastikan kontraktor memahami keperluan saya?
Pemilik rumah boleh meminta kontraktor menyediakan Lukisan Perspektif 3D dan memberi memberi spesifikasi bertulis..
Adakah penting untuk melihat projek terdahulu kontraktor?
Melihat projek terdahulu kontraktor dapat membantu menilai kualiti kerja dan kepakaran kontraktor.
Apakah kriteria utama dalam memilih kontraktor?
Kontraktor mempunyai lesen yang sah, pengalaman kerja yang relevan dan mempunyai rekod yang baik di pasaran.
Dimanakah saya boleh mendapat maklumat mengenai kontraktor?
Maklumat mengenai kontraktor yang berdaftar boleh didapatkan melalui carian dalam sistem CIMS CIDB di https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/reglocalsearchcontractor.vbhtml
Apakah risiko menggunakan kontraktor tidak berdaftar?
Kontraktor tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 25, Akta 520 dan boleh dikenakan kompaun dan kerja-kerja binaan berisiko diarahkan dihentikan serta merta. Pemilik rumah pula berisiko tidak mendapat jaminan kerja dan terdedah kepada liabiliti jika berlaku sebarang kemalangan. Pemilik rumah juga akan menghadapi kesukaran untuk mengambil tindakan undang-undang.
Apakah cara yang betul dalam melantik kontraktor?
Pemilik rumah hendaklah melantik kontraktor yang berdaftar secara sah di bawah CIDB. Pengesahan pendaftaran boleh dilakukan di https://cims.cidb.gov.my/smis/regcontractor/reglocalsearchcontractor.vbhtml