Home » Panduan Kontraktor » SISA PEMBINAAN
Pengurusan Sisa yang Sistematik dan Bertanggungjawab
Pengurusan sisa pembinaan merupakan aspek penting yang sering diabaikan dalam projek perumahan, terutamanya dalam skala kecil dan sederhana. Namun begitu, kepatuhan terhadap peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) adalah wajib dan tidak boleh dipandang ringan. Sisa pembinaan bukan sahaja mencemar alam sekitar jika tidak diurus dengan betul, malah boleh menyebabkan tindakan undang-undang serta menjejaskan reputasi kontraktor.
Sisa di tapak pembinaan terdiri daripada pelbagai jenis seperti:
Sisa ini mesti diasingkan dan diurus dengan baik agar tidak mencemarkan tanah atau sistem saliran. Pihak berkuasa juga mensyaratkan pembuangan hanya di lokasi yang diluluskan.
Untuk projek kecil seperti ubah suai rumah, kontraktor boleh menggunakan tong sampah berlabel mengikut jenis sisa:
Tong ini perlu diletakkan berhampiran zon kerja utama bagi menggalakkan pematuhan oleh pekerja. Gunakan papan tanda yang jelas bagi memudahkan proses pengasingan.
Bagi kerja pembinaan atau ubahsuai skala sederhana, sewaan tong besar Roll-On Roll-Off (RORO) amat digalakkan. Tong ini berukuran sekitar 12 kaki x 6 kaki dan didatangkan dengan pelbagai ketinggian (2.5 – 6 kaki). Ia akan dihantar ke tapak oleh syarikat pengendali sisa berlesen
Pastikan lokasi penempatan RORO tidak menghalang lalu lintas atau akses jiran tetangga. Kos sewaan berbeza bergantung kepada saiz dan tempoh penggunaan.
Untuk projek pembinaan berskala besar (melebihi RM5 juta), penyediaan Pelan Pengurusan Sisa Pembinaan adalah mandatori. Pelan ini mestilah merangkumi:
Pelan ini perlu diluluskan oleh pihak berkuasa dan diaudit dari semasa ke semasa untuk memastikan pelaksanaan efektif.
Kontraktor yang mengamalkan pengurusan sisa secara sistematik boleh memperoleh Skor GSAS (Green Scoring Assessment System) dan Sijil GBI (Green Building Index). Kedua-dua pengiktirafan ini memberi nilai tambah kepada projek dari segi:
Pengurusan sisa pembinaan yang cekap dan terancang bukan sahaja mengurangkan impak terhadap alam sekitar, malah mencerminkan profesionalisme serta tanggungjawab sosial sesebuah syarikat pembinaan. Ia melibatkan pemahaman terhadap jenis sisa, kaedah pengasingan, pelupusan berlesen, serta penyediaan pelan terperinci bagi projek berskala besar. Kontraktor yang cakna dalam aspek ini akan lebih dipercayai dan dihormati dalam industri pembinaan perumahan yang semakin mementingkan kelestarian dan pematuhan peraturan.
.
Info Hub ialah inisiatif khas untuk membantu pemilik rum ah membuat keputusan bijak dalam melantik kontraktor Portal ini menyediakan panduan lengkap, maklumat sahih, dan tip berguna bagi memastikan projek berjalan lancar, berkualiti, serta mematuhi piawaian gerteraskan ketelusan, akauntabiliti, dan kelestarian Info Hub menyokong industri mampan selaras aspirasi Malaysia Madani.
@ Hak Cipta Terpelihara
Terma Perkhidmatan – Terma Penggunaan – Dasar Privasi