PENGURUSAN RISIKO
Risiko-Risiko Utama dalam Membina dan Mengubahsuai Rumah
Sebagai pemilik rumah, penting fahami risiko utama dalam bina dan ubahsuai rumah bagi memastikan anda menyediakan rancangan untuk menguruskan risiko-risiko tersebut.
Berikut adalah antara risiko-risiko yang perlu anda hadapi dalam membina dan ubahsuai rumah.
Risiko Kewangan
Projek pembinaan atau pengubahsuaian sering melebihi bajet yang dirancang disebabkan oleh kerja tambahan, kenaikan harga bahan binaan, atau kos buruh yang tidak dijangka.
Buat perancangan kewangan yang teliti dan sediakan simpanan tambahan (contingency fund) sekitar 10-20% daripada jumlah kos projek.
Dapatkan sebutharga daripada beberapa kontraktor untuk membandingkan harga dan memilih yang paling berpatutan.
Elakkan membuat perubahan besar semasa projek sedang berjalan kerana ini boleh menambah kos.
Risiko Undang-Undang
Kegagalan mematuhi peraturan tempatan seperti kebenaran membina boleh mengakibatkan denda, arahan menghentikan kerja, atau diribohkan struktur yang dibina.
Rujuk pihak berkuasa tempatan atau profesional seperti arkitek untuk memastikan projek mematuhi semua peraturan.
Pastikan semua permit dan kelulusan diperoleh sebelum memulakan projek.
Risiko Kualiti Kerja
Kerja yang tidak memenuhi piawaian yang diharapkan atau penggunaan bahan berkualiti rendah boleh menjejaskan ketahanan dan keselamatan rumah.
Lantik kontraktor berlesen dan berpengalaman dengan rekod prestasi yang baik.
Lakukan pemantauan berkala semasa projek berlangsung dan pastikan kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Minta jaminan kerja (workmanship guarantee) daripada kontraktor untuk menampung sebarang kecacatan selepas projek selesai.
Risiko Kelewatan
Projek pembinaan sering mengalami kelewatan disebabkan oleh cuaca buruk, kekurangan bahan, atau masalah pengurusan tapak.
Sediakan jadual kerja yang realistik dan fleksibel untuk menampung sebarang kelewatan yang tidak dijangka.
Pastikan kontraktor mempunyai bekalan bahan yang mencukupi sebelum memulakan projek.
Tetapkan tarikh akhir yang jelas dalam kontrak dan kenakan penalti untuk kelewatan yang tidak wajar.
Risiko Perubahan Harga
Harga bahan binaan dan kos buruh boleh berubah secara mendadak disebabkan oleh inflasi, kekurangan bekalan, atau faktor pasaran.
Dapatkan harga tetap daripada kontraktor untuk mengelakkan kenaikan kos semasa projek.
Beli bahan binaan terlebih dahulu jika harga dijangka akan naik.
Sediakan bajet tambahan untuk menampung kenaikan harga yang tidak dijangka.
Risiko Keselamatan
Tapak pembinaan boleh menjadi tempat berbahaya jika langkah keselamatan tidak dipatuhi, mengakibatkan kemalangan atau kecederaan.
Pastikan kontraktor mengikuti prosedur keselamatan yang ketat dan menyediakan peralatan keselamatan yang mencukupi.
Pastikan tapak pembinaan selamat untuk dikunjungi dan tidak menimbulkan risiko kepada pekerja atau penghuni rumah.
Lakukan pemeriksaan keselamatan berkala semasa projek berlangsung.
Risiko Hubungan dengan Jiran
Projek pembinaan boleh menyebabkan gangguan seperti bunyi bising, habuk, atau halangan akses yang boleh menjejaskan hubungan dengan jiran.
Berkomunikasi dengan jiran sebelum memulakan projek dan maklumkan mereka tentang jadual kerja.
Pastikan kerja dilakukan dalam waktu yang ditetapkan dan elakkan membuat bunyi bising pada waktu malam atau awal pagi.
Ambil langkah untuk mengurangkan habuk dan gangguan lain, seperti menggunakan penghadang habuk (dust barrier).
Dengan memahami risiko-risiko ini, anda boleh mengurangkan masalah yang mungkin timbul semasa membina atau mengubahsuai rumah. Projek yang berjalan lancar akan mudah memenuhi impian anda.
Info Hub ialah inisiatif khas untuk membantu pemilik rum ah membuat keputusan bijak dalam melantik kontraktor Portal ini menyediakan panduan lengkap, maklumat sahih, dan tip berguna bagi memastikan projek berjalan lancar, berkualiti, serta mematuhi piawaian gerteraskan ketelusan, akauntabiliti, dan kelestarian Info Hub menyokong industri mampan selaras aspirasi Malaysia Madani.
@ Hak Cipta Terpelihara
Terma Perkhidmatan – Terma Penggunaan – Dasar Privasi